expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday 14 July 2014

Coretan Kasih 11


Cintaku,
Kau wujud dalam setiap hembusan nafasku
Hadirmu bersama setiap derap langkahku
Denyut nadiku tertulis hanya namamu 
Tidur malamku diulit mimpi indah bersamamu
Hanya dirimu yang bertakhta di kalbu

Kasihku,
Masih kukuh janji yang tersulam dulu
Terpahat indah segala memori bersama
Walau ranjau berbisa mengekori langkah 
Derita bertahun tidak henti melanda
Cinta kita tak pernah goyah walau setengah langkah

Sayangku
Kiranya dia tidak memahami
Andai dia sukar mengerti
Walau dia enggan percaya
Biarlah aku khabarkan padanya dan seluruh isi dunia
Cinta ini memang ditakdirkan milik kita berdua



'Semua hubungan cinta dan kasih sayang pasti menghadapi pelbagai ujian namun hanya cinta sejati yang mampu melaluinya'


-CintaKasih PMS-

No comments:

Post a Comment