expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday 14 July 2014

Coretan Kasih 13


Dialog Cinta Romantis

Lelaki : Tahu tak betapa pentingnya awak dalam hidup saya?
Gadis : Betul ke?
Lelaki : Mesti la betul.
Gadis : Apa buktinya?
Lelaki : Cuba pejamkan mata.
(Gadis pun memejamkan mata)
Lelaki : Apa yang awak nampak?
Gadis : Tiada apa2, gelap, kosong
Lelaki : Kalau awak nak tahu, itulah hidup saya tanpa awak.

Isteri : Sayang cintakan abang
Suami : Abang pun cintakan sayang
Isteri : Buktikan.
Suami : Nak buktikan macam mana?
Isteri : Jeritlah abang sayangkan sayang pada satu dunia.
Suami : *berbisik di telinga isteri* Abang sayang sangat pada sayang
Isteri : Kenapa bisik di telinga sayang?
Lelaki : Kerana sayanglah dunia abang.

Gadis : Mana yang lebih penting, hidup awak atau saya?
Lelaki : Sebelum jawab, saya nak tanya satu soalan
Gadis : Tanyalah
Lelaki : Ada ke perbezaan antara awak dan hidup saya?
Gadis : Maksud awak?
Lelaki : Awak adalah hidup saya.

Gadis : Saya tak cantik
Lelaki : Saya mengandung
Gadis : Apa?
Lelaki : Bukankah kita sedang bercakap tentang perkara yang mustahil?

Gadis : Berapa dalam cinta awak pada saya?
Lelaki : Lihat ke langit
Gadis : Jangan tukar topik
Lelaki : Lihatlah dulu
Gadis : *memandang ke langit* Jadi, apa yang perlu saya buat?
Lelaki : Sekarang cuba kira bintang di langit
Gadis : Mustahil, terlalu banyak
Lelaki : Sebanyak itulah cinta saya pada awak



'Cinta, kasih dan sayang adalah ungkapan indah yang menjadi penyeri dalam dialog kehidupan'

-CintaKasih PMS-

No comments:

Post a Comment